"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap Muslim, baik laki-kali mahupun perempuan." (HR. Ibn Abdulbari)

Saturday, 10 December 2011

RPH KSSR Tahun 2



RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Matapelajaran

Tema / Tajuk

Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2.

Sains Hayat / Haiwan

Masa

60 minit


Standard Pembelajaran

2.3.1,  2.3.2,  2.3.6

Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
  1. Menyatakan 4 daripada 6 contoh haiwan mengikut cara pembiakan.
  2. Mengelas sekurang – kurangnya 3 haiwan dalam kumpulan haiwan membiak dan haiwan melahirkan anak. 

Sumber

     1.      Dokumen persembahan ‘ video’ mengenai haiwan dan cara  pembiakannya.
( Video mengenai ayam sedang bertelur dan  kambing melahirkan anak  ).

clik link disini : video ayam

EMK
TMK 

Aktiviti  

      2.      Guru menyoal murid mengenai tayangan video tersebut.

      a.      Guru   : Apa yang murid – murid dapat lihat pada
            tayangan video tadi ?
Murid : Ayam sedang bertelur dan kambing         
            melahirkan  anak.
      b.      Guru    : Dari mana datangnya telur ayam?
            Murid  : Dari ibu ayam.
      c.       Guru     : Kenapa ayam bertelur dan kambing         
              melahirkan anak.
Murid   : Untuk dapatkan anak.

3.      Guru menjelaskan bahawa ayam bertelur dan 
kambing melahirkan anak untuk membiak.

4.      Guru menjelaskan kepada murid bahawa mereka akan melihat persembahan ‘powerpoint’ mengenai pelbagai haiwan dan cara pembiakan masing – masing.
5.      Murid menjawab soalan guru mengenai beberapa perkara berdasarkan persembahan  ‘powerpoint’ yang ditunjukkan.

Contoh :

a.      Apakah cara pembiakan haiwan yang dapat kamu perhatikan ?

b.      Bagaimana itik membiak ?

c.       Bagaimana gajah membiak ?
( dan sebagainya ).

6.      Guru menulis di papan tulis nama haiwan yang dilihat dalam persembahan ‘power point ‘ dan cara haiwan itu membiak sama ada melahirkan anak atau bertelur.

7.      Guru menjalankan sesi perbincangan dengan murid berkaitan contoh – contoh haiwan yang melahirkan anak dan haiwan yang bertelur.

8.      Murid menjawab Lembaran Kerja 1 hingga 2.


Pentaksiran

  1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 1.

Aktiviti Pemulihan

  1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 1.

Aktiviti Pengayaan

  1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 2.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...